Wednesday 25 February 2015

Resepi Pengat Pisang

Salam . Haihh , lama sangat rasanya tak update . Tak nyempat . Nak jaga anak lagi , nak masak lagi , kemas rumah lagi dan macam macam lagi lahh . Ni nak simpan resepi Pengat Pisang pulakk . Share resepi ni macam terasa nak buat la pulak esokk . Hahaha . Post memalam gini lapar pulak . Grr , ngencess dah . Usha lah sikit resepi kat bawah tu yekk .

Bahan :

- Pisang
- Santan
- Gula Melaka
- Keledek
- Sagu
- Daun Pandan
- Air
- Garam & Gula

Cara :

- Masuk santan , air dan keledek dalam periuk .
- Bukak api biar sampai keledek empuk .
- Kemudian masukkan gula melaka , sagu dan daun pandan .
- Letak sedikit garam dan gula .
- Lastly , masuk pisang .

- Tutup api .


Haa tuhh Pengat Pisang yang aku buat 3bulan lepas aa . Baru terhegeh hegeh nak upload gambar . Hahahaha  Laparnyaa . 

Sunday 12 October 2014

Resepi Kacang Pool

Assalamualaikum and hi againn . Lama tak hapdate yedakk ? Busy jaga anakk la sekarang ni . Takda masa nak berblogging bagai . Maklumlahh , my baby boo baru dua bulan lebihh . Hikk . So , today i'm gonna share with uolls resepi KACANG POOL . Let's check it outt !

Bahan bahan :
�� Kacang panggang [ BAKED BEANS ]
�� Daging kisar
�� Serbuk kari ( CAMPUR SEDIKIT AIR UNTUK DIJADIKAN PES )
�� Bawang besar
�� Bawang putih
�� Halia
�� Lada kisar

Cara cara :
�� Kisar halus bawang besar , bawang putih dan halia .
�� Panaskan minyak , tumis lada dan bahan kisar serta pes serbuk kari hingga naik bau dan pecah minyak .
�� Kemudian , masukkan daging kisar dan tambah sedikit air .
�� Setelah daging masak , masukkan kacang panggang .
�� Perasakan dengan sedikit garam .
�� Boleh tutup api .

Bahan hiasan :
�� Bawang besar ( Dipotong dadu )
�� Lada merah ( Dihiris )
�� Limau sambal
�� Telur separuh masak

Siapp ! Bolehlaa enjoy makan dengan roti bakar . Untuk minum minum petang , sarapan pagi pun bolehh makan kacang pool ni . Bestt ��

Tuesday 13 May 2014

Sambal Ketuk Gila

Hahaha . Sadis kan tajuk ? Sambal ketuk ni memang awesome gitu ! Dapat resepi ni daripada bestie aku . Time tu masak lauk kentang tumis air je . Macam tak syok pulak tak pedas yedak ? So try la tanye bestie aku yg pro memasak ni . Hikk . Mula mula macam tak percaya gak nama sambal tu SAMBAL KETUK GILA . Tapi bestie aku kata memang orang kampung dia panggil sambal tu macam tu -_- Haha . Pape pun memang awesome gila sambal ni ! Sekarang setiap kali nak makan je tak sah kalau sambal ni takda atas meja dapur tu . Hihi . Let's check out cara buat sambal ni . Sonang jo wehhh !

Bahan-bahan :
= Segenggam ikan bilis yang dah siap digoreng .
= Segenggam udang kering yang dah siap digoreng (Aku tambah . Derhaka jap . Hahaha)
= 15 biji lada kecil (Kalau nak lg pedas tambah la lagi)

Cara-cara :
= Satukan semua bahan dalam lesung batu , tumbuk je sampai hancur . Dah settle !

Senang kan ? Mabeless gilos wooi !! Haha .

Monday 21 April 2014

Kek Milo Moist Gilos

Assalamualaikum . Hello ! Haa . Hari ni aku ada buat Kek Milo yang moist gilos gitu . Haha . Tak sangka sedap bebeno kek tu . En Hubby pun suka . Tapi minta maaf ler kepada owner resepi ni . Lupa pulak dari blog mana . Maap ye kakak :3 Moh ler kite terjah resepinye yobb !

Bahan bahan :

• 2 cawan tepung blue key
• 1 cawan gula
• 1 cawan susu pekat manis
• 2 1/2 cawan milo
• 4 biji telur ayam
• 1 cawan minyak masak
• 1 cawan air panas

Cara cara :

• Masukkan telur , susu pekat dan gula yg telah dilarutkan dalam air panas , gaul sebati (jangan guna mixer) .
• Masukkan tepung dan milo sedikit demi sedikit . Gaul sebati .
• Masukkan minyak masak dan gaul lagi .
• Tapis adunan ke dalam loyang yang telah disapu butter .
• Kukus selama 40minit atau hingga masak .

Done . Senang je kan ? Try la buat . Sedapp !

Sunday 13 April 2014

10 KELEBIHAN LELAKI KURANG HANDSOME -_-

Salam , haa . Bosan dah asyik resepi masak masak je . Huhu . Hari ni nak share sikit la kelebihan para kaum adam yang kurang HANDSOME ni kan . Selalu orang cakap banyak kelebihan diperolehi lelaki yang mempunyai paras rupa yang hensem dan kacak bergaya . Siapa kata diorang yang kurang handsome ni takde kelebihan ? Meh aku cepuk dia meh . Diorang pun ada tau ! Let's check it out apa kelebihan yang mereka ada ! Hihi .

1) Tidak menjadi perhatian:-
bukankah satu kelebihan jika diri kita tidak menjadi perhatian orang. Oleh itu kita bebas melakukan apa saja yang kita suka tanpa mempedulikan pandangan orang kepada kita. Yelah.. Orang tak pandang kan? Buat apa pun, pakai apa pun, buat facial atau nice hair cut pun, bukannya orang perasan.

2) Tidak dikejar:-
Ya.. Ini juga satu kelebihan. Sekarang ini, memiliki wajah yang kacak menawan juga mampu mengancam diri. Mana tak nya, kalau sering dikejar oleh wanita-wanita di luar sana. Cuba bayangkan kalau asyik digoda berkali-kali, masakan tidak ada satu masa yang kita akan terkalahkan juga (terkalahkan...tak bole blah perkataan)? Itu belum lagi gay, bapak ayam, tauke tukang urut ++, serta datin-datin puan sri-puan sri yang kurang kasih sayang.

3) Tidak dianggap gay:-
ini amat menakutkan. Kerana ramai orang memiliki persepsi lelaki nie tidak menjaga kecantikan. Dan banyak kekeliruan antara homoseksual dan metroseksual. Bila seseorang itu
metroseksual, boleh jadi jika beliau dianggap gay oleh sesetangah orang. Ini amat dangerous kerana tanpa sengaja wanita juga akan menjauhkan diri. Dan bila wanita menjauhkan diri, mungkin diri korang akan mula mencari lelaki pula untuk meluahkan perasaan cinta yang mambara dan bergelora. (Uwekk! Aku rasa loya sekarang! ) Sekarang nie dah la this gays amat berani dan merata-rata. Memang orang cakap lelaki memang jarang mengambil tahu tentang penjagaan diri. Tapi tak semua yang metroseksual itu homoseksual okay?

4) Menjadi contoh kepada “Kecantikan dalaman lebih penting dari segalanya”:-
apabila wajah yang kacak menawan bukan lah asset kepada seseorang lelaki, secara tidak langsung hati budi dan kesantunan tutur kata serta perilaku akan menjadi titik tolak persepsi rang terhadap diri anda. Bagi mereka yang prejudis pula, anda akan terselamat dari dikatakan, “mamat nie harap muka jer macho tapi hanco!” atau “muka jer hensem tapi satu sen haram pun tak guna”. Mungkin kerana bila kes bagi lelaki yang tak kacak, kekurangan dan sebagainya adalah dimaafkan. Hahahaha

5) Mengahwini wanita yang best:-
bukankah amat seronok apabila seorang wanita, hopefully bukan lelaki, yang mengahwini anda itu memilih anda bukan kerana paras rupa? Jika seseorang itu mencintai seseorang kerana paras rupa, sudah pasti cinta itu akan hilang kerana rupa korang yang hensem lah sangat tue akan hilang jua dimamah usia dan waktu. Cucuklah botox ataupun vitamin C sekalipun, orang tetap akan cam yang anda tua, lebih-lebih lagi rakan sebaya anda kerana mereka tahu umur anda yang sebenar.

6) Mengahwini wanita yang lawa:-
aku tak tahu kenapa mengikut pengalaman aku pergi kenduri-kendara sebelum nie, kalau isteri dia cantik molek cute miut, laki dia mesti...erm... tak berapa hensem. I don’t know why. Aku masih mencari sebab untuk yang ini. Kalau tahu suggest lah kat aku. Mungkin sebab wanita yang cantik sibuk mencari lelaki-lelaki yang biar takde rupa tapi ada peribadi, dan wanita-wanita yang tak cantik tue pula sibuk mencari laki yang hensem dan kacak. Hahahaha

7) Boleh berjimat:-
kalau anda seorang yang kacak, sudah pasti orang akan menyibuk dan ambil tahu tentang wajah anda. Tumbuh jerawat satu pun orang dah kecoh. Badan gemuk sikit pun orang nak sibuk. Jadi untuk mengelakkan mahkota anda jatuh, pasti anda akan sentiasa memastikan kecantikan wajah anda dapat diekalkan dari masa ke semasa. Oleh itu, anda akan membeli produk-produk penjagaan wajah tak kira murah atau mahal. Mungkin ada yang sampai senyap-senyap buat facial seminggu sekali, dan mungkin juga ada yang pakai botox serta ada juga yang pakai susuk atau ilmu guna-guna. Kalau kita tak kacak, orang tak hiraukan, jadi tak perlu semua itu, kan? Duit pun dapat disalurkan ke rumah amal ataupun rumah anak-anak yatim serta tabung surau.

8) Pasangan tidak gusar (gusar, satu lagi perkataan tak bole blah):-
Sekarang ratio lelaki dan wanita amatlah ketara bilangannya. Ditolak dengan ada yang jadi gay, mak nyah, yang masuk pusat pemulihan, yang berpeleseran, tinggal berapa kerat je kan? Jadi memandangkan lelaki sikit, wanita mungkin akan bertindak dengan lebih aggresif iaitu menyasarkan suami orang. Hehehehe. Jadi, jika anda tidak kacak, mungkin wanita-wanita itu tidak menyasarkan anda lantas pasangan anda tidak perlu khuatir yang anda kan memasang satu cawangan lagi. Tapi tak tau lah kalau dah desperate sangat sampai orang yang tak hensem pun dorang nak sapu jugak. Hm...

9) Terhindar daripada gossip:-
bukankah kewujudan anda hanya disedari oleh seglintir orang saja? Jadi sudah pasti anda tidak akan menjadi bahan gossip-gossip liar para pemilik mulut longkang yang takde keje lain itu. Tambahan pula, tiada mana-mana agensi permodelan atau agensi cari pelakon yang akan menawarkan anda peluang untuk menjadi bintang terkemuka ataupun bintang mee segera serta pasarayanbintang. Jadi anda tidak akan menjadi artis ataupun model sekaligus anda tidak akan digossipkan dengan mana-mana artis. Suka tak? Hahahahaha

10) Yang terakhir tapi bukan yang paling kurang (last but not least), Menjadi Penyabar yang baik:-
jika anda tidak kacak, mungkin ada mulut-mulut jamban yang akan mengata atau menghina anda secara depan-depan atau belakang-belakang. Macamlah muka si pengata tue hensem sangat kan.. Baru pakai fair and lovely sekali dah declare muka hensem. Herh... Sekiranya anda menjadi mangsa atau menjadi objek bahan gurauan, jangan pula anda memaki balik, melempang orang tue, calarkan motor dia, bubuh julap dalam minuman dia atau bunuh family dia, sebaliknya lebih anda simpan dendam itu, dan leburkanlah ia sebelum tidur. Bukan ker elok maafkan semua orang sebelum tidur? Dan jangan menangis! Tangisan anda itu boleh anda simpan, dan luahkan ketika anda solat tahajud ataupun solat hajat. Lagi elok.

Saturday 22 March 2014

Asam Pedas Ayam ♡

Assalamualaikum :) Kesian blog ni diabaikan akibat kemalasan aku yang melampau mengupdate N3 . Hehe . Hari ni macam terrajin sikit la . Hoho :3 Btw , hari ni sha masak Asam Pedas Ayam ni . Macam tetibe je terngidam asam pedas . Dari semalam terbayang bayang je asam pedas tu memanggil . Haihh , berpuake asam pedas ni rupanya . Haha . Ape aku merepek ni -.- Dah dah , jum tengok resepi asam pedas yang simple gilos tu . Main campak campak je ni senanye . Bedal lah , asalkan rasa dia macam asam pedas sudah lah . Ngeee :3

Bahan-bahan :

▪ Ayam
▪ Bawang besar *
▪ Bawang putih *
▪ Halia *
▪ Belacan *
▪ Asam jawa
▪ Serbuk kunyit
▪ Garam
▪ Gula
▪ Air
▪ Lada kisar

Cara-cara :

° Basuh ayam dan toskan .
° Tumiskan bahan kisar (*) serta lada kisar sehingga pecah minyak .
° Masukkan ayam dan serbuk kunyit , gaul hingga ayam sedikit kecut . ( Kalau korang ada daun kesom , boleh ler masuk time ni )
° Kemudian , masukkan air dan biarkan sampai mendidih .
° Setelah mendidih , masukkan jus asam jawa , garam dan gula .
° Biarkan seketika dan tutup api .
° Hidang .

Tuesday 4 March 2014

Apam Polkadot

Salam , fuh . Berhabuk blog aku ni engkoo . Haha . Banyak sebenarnya resepi yang sha dah kumpul sepanjang tak hapdate ni . N3 hari ni nak share resepi dari Dapur Mamasya . Haritu dok sekodeng resepi resepi yang ada kat dapur mamasya tu , sha ternampak pulak resepi Apam Pokodot ni . Oleh kerana comel yang teramat , apa lagi . Amek buku resepi , salin laju laju . Then , esoknye terus buat . Geram bebeno tengok apam tu ha . Haha . Let's check out resepi Mamasya ni ↓

Apam Polkadot.
Sumber : Dapur Mamasya

Bahan-bahan :
◇ 2 biji telur
◇ 1 cawan gula
◇ 1 sudu teh ovalatte
◇ 2 sudu teh esen vanilla
◇ 1 cawan susu segar
◇ 2 cawan self raising flour
◇ filling ( etc : strawbery / bluebery )
◇ pewarna

Cara-cara :
◆ Pukul telur , gula , esen vanilla dan ovalatte hingga kembang
◆ Masukkan susu segar dan tepung . Gaul sebati
◆ Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan .
◆ Masukkan adunan dan filling kedalam piping bag .
◆ Masukkan separuh adunan dalam mangkuk kertas .
◆ Kemudian , masukkan sedikit filling dan masuk lagi adunan untuk tutup filling .
◆ Hiaskan dot dot atas adunan .
◆ Kukus selama 10 - 15 minit atas api sederhana .


○ Sila abaikan kaki tu ●


♡ Hasilnya ♡

    Senang kan ? Shasha buat haritu share la dengam mama sikit . Mama pun cakap sedap .  Tak sampai seminggu mama order dengan sha sampai 200 biji sebab ada jamuan anak murid mama kat SK Mawai . Pape pun , thanks to DapurMamasya sebab sudi share resepi ni ! See ya !