Tuesday 24 December 2013

Resepi Donat

Assalamualaikum , hai . Hmm , 2 minggu lepas Shasha ada buat donut . Tapi tak sempat nak post . Haha . Maaf lah yerr . Ape ape pun , jom buat donat ! Tak sabar nak makan nieyy !!

Bahan bahan :

> 500gram Tepung Gandum
> 2 Sudu Majerin
> 1 Sudu Garam
> 3 Sudu Susu Tepung
> 3 Sudu Gula Pasir
> 1 Paket Yis Mauripan
> 300ml Air Suam Kuku

Cara cara :

- Garam dan gula pasir dilarutkan dalam air suam .

- Masukkan tepung gandum , majerin , susu tepung dan yis mauripan dalam mangkuk besar .
- Kemudian campur air suam kedalam bahan bahan di dalam mangkuk tadi .
- Uli adunan hingga doh lembut .

- Biarkan adunan selama 30minit atau hingga adunan kembang .
- Setelah kembang , ambil sedikit adunan dan bulat bulatkan .

- Letak adunan yang telah di bulatkan di dalam dulang .
- Panaskan minyak di dalam  kuali , kemudian goreng sehingga donut menjadi kuning keemasan .
- Setelah siap , taburkan gula kastor di atas donut .
- Hidangkan .



 ( Kejadian Uli Menguli )


( Tengah Tunggu Adunan Kembang Sikit )


( Yang Ni Yang Dah Dibulat Bulatkan )


( Yang Berlubang Tengah Tengah Tu Mama Shasha Yang Buat )


(Yang Ni Dah Siap Goreng ! )

P/S : Okay , akibat kemalasan yang ada pada Shasha sebab taknak lubangkan tengah tengah tu , donat Shasha jadi kembang macam pau lepas goreng . Tension jer -,-' So , dari situ Shasha tahu rupanya pau sambal yang biasa makcik jual pagi pagi tu sama macam cara nak buat donat . Haha . Biasalahh , saye budak baru nak belajar . Maaf :3

Saturday 14 December 2013

Ikan / Ayam Masak Kicap ❤

Assalamualaikum dan hai semua . Hari ni Shasha tolong tengok mama Shasha masak Ikan Tongkol Kicap . Hehe . Biasanya shasha masak ayam kicap biasa je . Tapi , tadi agak teruja sebab nampak mama masukkan blackpaper (lada hitam) dalam ikan kicap dia . Haa , tu yang macam teruja je nak belajar tambah menambah bahan nih . Jum cuba sama - sama ;)

Bahan - bahan :


  • Ikan / Ayam
  • 1 Biji Bawang Besar (dihiris)
  • 2 Ulas Bawang putih (dihiris)
  • Halia (3 hiris)
  • 1 Biji Lada merah (dihiris)
  • Bunga Lawang
  • Kayu Manis 
  • Buah Pelaga
  • Lada Hitam (ditumbuk)
  • Sos Cili
  • Limau Sambal (dipotong dua)
  • Kicap



< Semasa Masak >
Cara - cara :

~ Goreng ikan / ayam .
~ Setelah selesai menggoreng , panaskan minyak untuk menumis .
~ Tumis bahan yang dihiris bersama bunga lawang , kayu manis , lada hitam dan buah pelaga sehingga naik bau .
~ Masukkan kicap dan sos cili , kemudian kacau .
~ Perah limau sambal didalam kuah kicap tadi dan masukkan ikan / ayam yang telah digoreng tadi .
~ Setelah agak mendidih , tutup api dan hidangkan .


< Hidangan >

Friday 13 December 2013

Bihun Goreng For Breakfast :)

Assalamualaikum . Haa , for the first post ni nak share resepi bihun goreng . Before this ada minta mama resepi ni , so breakfast pagi tadi Shasha try ler buat . Alhamdulillah , jadi pun masak . Sedap jugak . Huhu . Thanks to my beloved mom yang bagi resepi ni . Simple je nak buat . Try lahh .

Bahan-bahan :

 ⇨ 1pack bihun (di rendam sampai lembut kemudian toskan)
 ⇨ 2 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih dan sedikit ikan bilis (ditumbuk)
⇨ 1 sudu besar sos tomato / sos cili
⇨ 2 sudu besar cili boh / cili kisar (kalau nak pedas boleh tambah sikit lagi)
⇨ 1 ikat sawi (cuci dan potong)
⇨ fish cake (potong kecil)
⇨ ayam (potong kecil)
⇨ garam dan gula secukup rasa.
⇨ 1/2 cwn air

Cara-cara :
■ Panaskan minyak didalam kuali , tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau dan sedikit garing .
■ Masukkan cili boh dan tumis lagi sehingga pecah minyak .
■ Masukkan 1/2 cawan air tadi , di ikuti fish cake dan ayam .
■ Setelah ayam masak , masukkan garam dan gula secukup rasa .
■ Biarkan sampai mendidih , kemudian masukkan bihun serta sayur pula .
■ Kacau dan balik - balikan bihun hingga betul - betul sebati dan biarkan sehingga air kering .
    ✔(make sure bihun tu sebati dan lembut . Kalau masih keras , tambah air lagi dan kacau hingga kering)
■ Setelah kering , boleh tutup api dan hidangkan .


Shasha hiaskan dengan telur dadar yang dihiris halus dan sedikit lada kecil .