Saturday, 14 December 2013

Ikan / Ayam Masak Kicap ❤

Assalamualaikum dan hai semua . Hari ni Shasha tolong tengok mama Shasha masak Ikan Tongkol Kicap . Hehe . Biasanya shasha masak ayam kicap biasa je . Tapi , tadi agak teruja sebab nampak mama masukkan blackpaper (lada hitam) dalam ikan kicap dia . Haa , tu yang macam teruja je nak belajar tambah menambah bahan nih . Jum cuba sama - sama ;)

Bahan - bahan :


  • Ikan / Ayam
  • 1 Biji Bawang Besar (dihiris)
  • 2 Ulas Bawang putih (dihiris)
  • Halia (3 hiris)
  • 1 Biji Lada merah (dihiris)
  • Bunga Lawang
  • Kayu Manis 
  • Buah Pelaga
  • Lada Hitam (ditumbuk)
  • Sos Cili
  • Limau Sambal (dipotong dua)
  • Kicap



< Semasa Masak >
Cara - cara :

~ Goreng ikan / ayam .
~ Setelah selesai menggoreng , panaskan minyak untuk menumis .
~ Tumis bahan yang dihiris bersama bunga lawang , kayu manis , lada hitam dan buah pelaga sehingga naik bau .
~ Masukkan kicap dan sos cili , kemudian kacau .
~ Perah limau sambal didalam kuah kicap tadi dan masukkan ikan / ayam yang telah digoreng tadi .
~ Setelah agak mendidih , tutup api dan hidangkan .


< Hidangan >

No comments:

Post a Comment